Saturday

Terma dan Syarat

1. Setiap tempahan memerlukan pengesahan pembayaran daripada anda. Tempahan yang banyak sila sahkan 3 minggu sebelum sekurang-kurangnya.

2. Cash-on-delivery (COD) akan dicaj mengikut tempat penghantaran, namun jika tempahan banyak caj mungkin tidak dikenakan, sila berbincang dulu.

3. COD hanya untuk KL/Selangor sahaja, tempat lain akan diumumkan dalam blog jika kami kesana. Maaf, kami tidak pos buat masa ni.

4. Jika promosi FREE DELIVERY pada masa tu, sila maklum bahawa kami hanya akan menghantar di tempat yang mudah spt stesen minyak @ kedai yang berhampiran rumah anda. Penghantaran terus ke rumah dikenakan caj RM 3 (bergantung pada kesukaran ke rumah anda dari jalan utama). Bagi apartmen, kondo, flat atau pejabat (bangunan tinggi), kami hanya akan menghantar ke pintu utama (pondok pengawal sahaja), caj akan dikenakan jika diminta naik ke atas.

5. Kesemua barang yang dihantar dalam keadaan baik, anda dinasihatkan melihat barang semasa mengambilnya. Sebarang kerosakan selepas dihantar, tidak akan ditanggung.

6. Tiada pembatalan selepas deposit diterima, kerana wang deposit anda telah digunakan untuk membeli barangan. Sila pastikan tempahan anda betul-betul sebelum membuat pembayaran.

7. Sila pastikan saiz minimuffin sebelum membuat tempahan. Saiz minimuffin boleh anda lihat dalam blog di bahagian kiri.

8. Anda dinasihatkan membaca Cara Tempahan dan Soalan Lazim sebelum membuat tempahan bagi mengelakkan kekeliruan.