Sunday

Soalan Lazim

Sebelum anda emailkan kami sebarang pertanyaan, sila baca soalan-soalan lazim di bawah ini terlebih dahulu, jika soalan anda berlainan daripada di bawah ini, sila email kepada kami soalan anda itu :


1. Muffin ni besar ke kecik?

Ternyata nama pon minimuffin, mestilah saiznya kecil dan cute. Sila ke blog kami, di bahagian kiri blog terdapat maklumat saiz minimuffin.

2. Macam mane nak order ni?

Sahlah anda belum membaca cara tempahan di blog. Sila kembali ke blog dan lihat bahagian kiri untuk maklumat cara tempahan.

3. Saya nak order banyak ni, ade diskaun tak?

Banyak mane tu? sila email kami untuk diskaun. (jika betul-betul banyak la ye)

4. Saya bukanlah orang KL/Selangor, boleh pos tak?

Buat mase ni, kami tak pos sebarang produk. Maaf ye, takut nanti sampai kat pelanggan, tiada rupa lagi dah. :)

5. tahan lame tak ye?

Minimuffin kami tidak ditambah sebarang bahan pengawet (asid benzoik, sodium bonzoat, potassium sorbate etc), oleh itu hanya dapat bertahan 8-10 hari sahaja (bergantung cara simpan, jika terdedah mungkin lebih cepat, jika ditutup rapi mungkin lebih lama). Biasanya kami akan menghantar minimuffin ni 2-4 hari sebelum majlis anda untuk kesegarannye.

Bagi coklat pula, ia lebih tahan lame, berbulan-bulan, janji jangan jemur panas sudahlah, nanti cair la.